Jumlah anggota SPRM masih belum mencukupi

Iklan
Shamshun Baharin

SHAH ALAM - Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil mengakui jumlah anggota SPRM masih belum mencukupi.

Menurutnya, jika dibandingkan dengan negara seperti Hong Kong dan Indonesia, Malaysia sekurang-kurangnya memerlukan 5,000 anggota.

Iklan
Iklan

"Pada 2008, kita cadangkan kepada kerajaan dari segi keanggotaan.

"Masa itu, kerajaan bersetuju kapasiti pegawai kita wajar ditingkatkan kepada jumlah itu.

Iklan

"Tapi tengok apa berlaku. Dari tahun 2008 hingga sekarang, 11 tahun berlalu tapi hanya 2,800 anggota. Tapi kita faham kerajaan ada kekangan terutama melibatkan bajet,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda Sinar Harian di Dewan Karangkraf di sini yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar petang tadi.

Iklan

Bagaimanapun, Shamshun Baharin tetap menegaskan jumlah ideal untuk anggota SPRM di Malaysia adalah sekurang-kurangnya 5,000 anggota agar suruhanjaya itu dapat melaksanakan tugas dengan lebih efisien.