'Arwah aktif di masjid, sentiasa solat berjemaah'

Iklan
Arwah meninggal dunia selepas melaungkan azan Isyak. Foto: Ihsan Azzahari Gambar kecil: Ahmad

SUNGAI PETANI - Seorang bilal sukarela sempat melaungkan azan Isyak sebelum rebah dan meninggal dunia di Masjid An- Nur Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah malam semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, Ahmad Saad, 68, yang merupakan peneroka di kawasan berkenaan dipercayai mengalami sesak nafas dan rebah ketika mengangkat takbir sewaktu menunaikan solat sunat.

Iklan
Iklan

Saksi kejadian, Azzahari Zakaria, 47, berkata, kejadian berlaku selepas arwah selesai melaungkan azan dan kembali ke saf untuk solat sunat.

"Sebelum itu semua jemaah selesai membaca surah Yasin bersama-sama sempena malam Jumaat.

Iklan

"Habis baca Yasin, arwah laungkan azan untuk solat Isyak, kemudian dia mahu solat sunat, masa angkat takbir dia tiba-tiba rebah," katanya.

Arwah yang bertugas sebagai bilal sukarela meninggal dunia selepas melaungkan azan. Foto: Ihsan Azzahari

Pasukan perubatan Hospital Sik yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Iklan

Azzahari yang mempunyai pertalian keluarga dengan Ahmad turut menjadi bilal sukarela di masjid berkenaan serta bergilir-gilir melaungkan azan bersama arwah dan beberapa penduduk tempatan lain.

"Arwah cukup disegani, mudah bergaul serta jarang sekali melihat dia marah.

"Sifatnya yang suka bergurau selain suka senyum membuatkan dia mudah didekati," katanya.

Azzahari berkata, arwah seorang yang aktif di masjid serta sentiasa mengerjakan solat berjemaah di masjid itu.

"Semalam, dia sempat lagi kutip getah sekerap empat guni bawa balik hasil menoreh," katanya.

Menurutnya, pemergian arwah tidak disangka-sangka selain dicemburui ramai kerana mempunyai tanda husnul khatimah yang mana meninggal dunia selepas melaungkan azan, berada dalam masjid, berlaku malam Jumaat serta dikebumikan sebelum solat Jumaat.

Jemaah Masjid An-Nur Felda Teloi Timur mengerumi sebaik sahaja menyedari arwah rebah selepas azan.- Foto: Ihsan Azzahari

"Ini semua rahsia ALLAH, moga menjadi pedoman buat kita semua, Inya -ALLAH" katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman mengesahkan menerima laporan kematian mangsa.

"Mangsa dipercayai mengalami sesak nafas sebelum rebah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Peneroka Felda meninggal selepas laung azan