42 stesen minyak kawasan Sepang diperiksa

Iklan
Penyelia stesen minyak Petronas KLIA 1, Mohd Hazmi Abdul Halim menunjuk tahap bekalan minyak di dalam tangki kepada Mohd Iskandar (kiri).

PUTRAJAYA - Sebanyak 35 daripada 42 stesen minyak di kawasan Sepang diperiksa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak tiga hari lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasa, Mohd Nor Iskandar Zainoor berkata, pemeriksaan itu bagi memastikan bekalan bahan api sentiasa mencukupi.

Iklan
Iklan

"Kita menyerahkan notis arahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kepada semua premis yang diperiksa," katanya.

Menurutnya, baki stesen minyak akan diperiksa hari ini.

Iklan

"Kami mensasarkan kesemua 42 stesen minyak yang berada di kawasan Sepang, Cyberjaya, Kuala Langat , Banting dan Puchong akan diperiksa menjelang tengah malam hari ini," katanya.

Katanya, kesemua stesen minyak yang diperiksa tidak melakukan kesalahan.

Iklan

"Kami juga tidak menerima sebarang aduan dari orang ramai berhubung isu kekurangan bahan api,namun KPDNHEP Sepang sentiasa bersedia termasuk memantau isu yang dituralkan di media sosial,"katanya.

Mohd Nor Iskandar berkata, pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa ke atas stesen minyak.

"Sekiranya didapati pengusaha stesen minyak yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan berkenaan, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada KPDNHEP," katanya.

Terdahulu Mohd Nor Iskandar mengetuai sepasukan penguatkuasaan melakukan pemeriksaan di stesen minyak Petronas KLIA 1.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Bumiputera Malaysia (Bumipeda), Datuk Abu Samah Bachik, berkata, pengguna dikhuatiri berdepan masalah mendapatkan petrol dan diesel apabila semua tangki penyimpanan di stesen minyak dijangka kering menjelang 1 Januari 2019 berikutan pengusaha enggan menambah bahan api itu.