KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi memberi jaminan akan menunaikan janji penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan satu pengumuman mengenai tarikh muktamad penyerahan jawatan itu akan dibuat pada masa sesuai.
Hadir sama, Pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari dan Pengerusi Yayasan Budi, Tan Sri Rais Yatim.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir turut menafikan pelancaran Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air adalah untuk menyaingi piagam kerjasama UMNO-Pas dipanggil Muafakat Nasional.
Sebaliknya, beliau menegaskan piagam ini dibuat sebagai satu kesedaran dan kelestarian untuk memelihara kepentingan rakyat dalam bidang warisan dan budaya digerakkan badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Menurutnya, pengajian sejarah terutama berkaitan arkeologi dan kajian zaman amat penting diteliti secara empirikal, tersusun dan berasaskan penyelidikan saintifik.
"Dalam konteks ini, kepentingan ilmu sejarah yang berasaskan fakta tidak bias atau berat sebelah perlu diutamakan.
"Kita tidak seharusnya menurut apa orang lain kata terhadap kesan, nilai-nilai dan takrif tentang sejarah kita," katanya.