Mykad palsu: Akan ada tangkapan lagi, kata KPN

Iklan
Abdul Hamid (tiga dari kiri) melihat sebahagian daripada 60 tan arang batu yang dicampur kokain.

GEORGETOWN- Polis akan menahan beberapa lagi pegawai dan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dipercayai terlibat dengan sindiket penjualan MyKad palsu di negeri ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tangkapan yang akan dilakukan itu adalah fasa kedua Op Biru yang dilancarkan pihaknya pada Selasa lalu bagi mengesan individu yang terlibat dengan sindiket berkenaan.

Iklan
Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan polis melancarkan operasi sulit dan berjaya menahan beberapa individu yang dipercayai sudah menjual lebih enam keping MyKad sah membabitkan nilai RM350,000.

Seramai enam lelaki termasuk seorang berpangkat Datuk dan seorang Penolong Pengarah JPN sebelum ini telah didakwa dengan 32 pertuduhan menjual Mykad sah kepada warga asing.

Iklan
Iklan

Fasa pertama Ops Biru polis berjaya menahan 20 individu susulan pembongkaran seorang warga China yang cuba memohon pasport menggunakan Mykad sah di Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang pada 16 Mei lalu.