TAIPEI - Taiwan dan Kiribati hari ini memutuskan hubungan selepas negara kecil Pasifik itu membuat keputusan untuk menukar pengiktirafan diplomatik kepada China.
Tarawa menjadi negara ketujuh yang membuat keputusan sedemikian terhadap Taipei sejak Presiden Tsai Ing-wen memegang jawatan pada 2016.
Ia mengikut jejak langkah Burkina Faso, Republik Dominican, Sao Tome dan Principe, Panama, El Savador dan Kepulauan Solomon memutuskan hubungan diplomatik dengan Taipei.
Difahamkan, perkara itu berlaku empat hari selepas Kepulauan Solomon membuat keputusan sama.
Ketika ini, Taiwan hanya mempunyai hubungan rasmi dengan 15 negara di seluruh dunia.
China dalam satu kenyataan memuji keputusan dibuat Kribati yang merupakan perpecahan diplomatik kedua dari Taipei kepada Beijing dalam tempoh kurang seminggu.
Langkah itu dilihat sebagai 'rampasan kuasa' oleh China beberapa minggu sebelum ulang tahun ke-70 penubuhan negara republik itu.
"Beijing sangat menghargai keputusan untuk menyambung semula hubungan diplomatik dengan kami," kata jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang.
Sejak perang saudara berakhir pada 1949, Taiwan telah menjadi negara berdaulat de facto, namun China masih melihat pulau itu sebagai wilayah yang menunggu penyatuan semula.
Taiwan dalam satu kenyataan mendakwa Kiribati membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik itu kerana terpedaya dengan janji tentang pelaburan dan bantuan yang dibuat China. - AFP