5,000 hadir Ceramah Umum Penyatuan Ummah di Tampin

Iklan
Suasana sekitar majlis dirakam dari atas perkongsian Penerangan UMNO Negeri Sembilan. Foto: Ihsan Penerangan UMNO Negeri Sembilan

TAMPIN - Lebih 5,000 orang membanjiri kawasan terbuka berhampiran Stesen Bas Gemas di sini malam ini seawal jam 8 malam bagi mengikuti Ceramah Umum Penyatuan Ummah Bahagian Tampin.

Majlis yang bermula jam 9 malam tadi dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Bendahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Datuk Dr Badhrullhisham Abd Aziz dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.