MALAYSIA menerima tamparan hebat untuk memburu slot ke pusingan akhir Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 apabila tewas 1-0 kepada Laos, pada aksi kedua pusingan kelayakan Kumpulan J di Stadium Nasional Laos di Vientiane malam ini.
Hasrat skuad B-15 negara mengutip mata maksimum selepas membelasah Kemboja 7-0 pada perlawanan pembukaan dua hari lalu musnah apabila kesilapan pertahanan menyaksikan pasukan tuan rumah melakukan jaringan seawal minit keempat menerusi Lavi Somthongkham.