Wanita hidap barah rawat penyakit sendiri

Iklan
Penyakit barah yang dideritai Christina Ombao bertambah buruk akibat tidak mampu mendapatkan rawatan di hospital. Foto: Agensi

MANILA - Disebabkan tidak mampu membayar kos rawatan bagi mengubati barah payudara yang dideritai, seorang ibu empat anak membuat keputusan untuk hanya merawat penyakitnya itu menggunakan minuman herba dan ubat tradisional.

Tetapi malangnya keadaan Christina Ombao, 39, dari Filipina bertambah buruk apabila tumor tersebut telah memakan semua tisu payudara sehingga menyebabkan bengkak sebesar saiz kepalanya.

Iklan
Iklan

Meskipun didiagnosis barah tahap empat pada tahun 2016, namun Ombao memilih untuk memberi keutamaan kepada anak-anak berbanding kesihatannya.

"Kami tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai rawatan penyakit saya. Saya mempunyai anak berusia dua tahun ketika itu.

Iklan

"Masa saya banyak dihabiskan dengan menjaga mereka. Kami tiada wang untuk ke hospital. Ya saya tahu saya dalam kesakitan. Sakit ini menyebabkan saya berasa tidak selesa dan susah tidur,” jelasnya.

Kesihatan fizikal yang semakin merosot turut menyebabkan dia terpaksa berhenti kerja sebagai pengasuh.

Iklan

Kini suami Ombao, Alberto Cabilin yang bekerja dalam bidang industri pembinaan terpaksa menjaga empat anak mereka berusia antara enam hingga 11 tahun.

Mengulas mengenai penyakitnya, Ombao percaya ia bermula selepas mengalami kemalangan ketika bekerja.

"Dulu saya pernah menjadi pengasuh. Pernah satu ketika payudara saya terhantuk ketika bermain bersama kanak-kanak yang dijaga. Saya yakin itulah puncanya,” katanya.

Awal bulan lalu, rakan dan keluarga Ombao sepakat mengumpul wang bagi membiayai rawatan wanita itu di hospital di Sagay City, yang terletak beberapa jam dari rumahnya.

Buat masa ini, Ombao dan keluarganya masih menunggu hasil keputusan hospital. - Agensi