Zamani, Juliana selamat diijabkabul

Iklan
Zamani kini bergelar suami kepada Juliana Abdul Rani (FOTO: Zime Production)
PENYANYI Zamani Ibrahim, 48, menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Juliana Abdul Rani, 36, dengan sekali lafaz malam tadi.

Majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup di Ampang, Kuala Lumpur itu hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan sebentuk cincin dan mas kahwin berjumlah RM300 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Iklan
Iklan

"Syukur alhamdulillah. Dengan izin Allah Yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah majlis pernikahan saya dan isteri, Nur Juliana hari ini, 20 September 2019.

"Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang menolong menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak.

Iklan

"Saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terguris perasaan mana-mana pihak untuk menjayakan majlis pernikahan ini demi menghormati permintaan pihak keluarga.

"Insya-ALLAH majlis resepsi akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan buat kami,” kata Zamani dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram pihak pengurusannya, Zime Production.

Iklan

Difahamkan pasangan pengantin baru yang telah mengenali hampir 14 tahun lalu itu juga bakal memgerjakan ibadah umrah tidak lama lagi.