BAGHDAD - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera selepas bom meletup di dalam sebuah bas yang penuh dengan penumpang.
Menurut pegawai keselamatan Iraq, kejadian berlaku di luar kota suci pengikut Syiah iaitu di Karbala, di sini, pada Jumaat malam.
Iklan
Iklan
Letupan berlaku ketika bas tersebut melalui sebuah pos pemeriksaan tentera Iraq, kira-kira 10 kilometer di selatan Karbala, menuju arah bandar al-Hilla.
"Selain 12 orang disahkan maut, lima lagi cedera semasa letupan itu," katanya.
Pasukan keselamatan juga mengesahkan mereka yang maut dalam insiden itu adalah orang awam.
Namun sebelum letupan itu, seorang penumpang keluar dari bas mini tetapi meninggalkan beg berisi bahan peledak di bawah salah satu tempat duduk. Peranti itu diletupkan dari jarak jauh.
Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut. - Agensi