Muafakat Nasional Selangor perlu lebih inklusif

Iklan
Antara yang hadir ceramah perpaduan ummah Muafakat Nasional Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Tarbiah (Komta) Darul Hidayah, Dusun Tua di sini semalam.

HULU LANGAT - Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas perlu lebih progresif dan inklusif dalam melibatkan semua masyarakat di negeri Selangor ini.

Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, muafakat nasional bagi negeri ini mempunyai kemajmukan yang sangat tinggi.

Iklan
Iklan

"Betul, di peringkat Persekutuan, kalau kita kuncupkan ruang interpretasi ataupun makna muafakat nasional itu untuk orang Melayu sahaja, Insya-ALLAH kita boleh berjaya sebab kita ada banyak kawasan yang kita pilih.

"Selangor kemajmukan sangat tinggi, kita tengok pengundi Melayu memang betul ada 1.2 juta pada PRU (pilihan raya umum) lepas tapi jangan kita lupa orang di sebelah sana juga ada lebih kurang 1.2 juta, 800,000 bangsa Cina, 400,000 India," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada ceramah Muafakat Nasional Peringkat Negeri Selangor di Kompleks Tarbiah (Komta) Darul Hidayah, Dusun Tua di sini semalam. Katanya, secara puratanya, ia perlu dilihat bahawa kekuatan atau sumber pengundi adalah sama.

"Dalam soal ini, kita kena tafsirkan dengan lebih progresif dan inklusif makna muafakat kita dengan peringkat yang lebih besar. Jadi pemimpin di peringkat alar umbi kena berhati hati dalam merencanakan cara masing-masing apabila mengambil ilham daripada muafakat nasional ini," katanya.

Iklan

Turut hadir dalam program ini adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan; Yang Dipertua Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi serta kepimpinan Pas dan UMNO peringkat negeri dan kawasan Hulu Langat.