Gangguan bekalan air di Kemaman

Iklan
Notis gangguan bekalan air di Kemaman yang dikeluarkan SATU.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 7,000 akaun pengguna Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) melibatkan lapan lokasi di Kemaman akan mengalami tekanan air rendah atau terputus bekalan pada waktu puncak selama lima hari.

Gangguan bekalan air berikutan pengurangan sebanyak 10 peratus pengeluaran air dari loji air Bukit Sah, Kemaman bagi kerja-kerja menaiktaraf yang akan bermula jam 8 pagi pada 25 September dan dijangka berakhir 29 September.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ir Atemin Sulong berkata, lapan kawasan yang akan terlibat dengan gangguan selama 84 jam tersebut adalah Geliga, Kuala Kemaman, Paya Berenjut, Pasir Gajah, Kampung Paman, Kampung Pondok Pasir, Mak Lagam dan Ibok.

"Bekalan air akan kembali normal pada 12 malam, 29 September secara berperingkat mengikut topografi kawasan.

Iklan

"Oleh itu pengguna dinasihati menyimpan dan merancang penggunaan air dengan sewajarnya sepanjang tempoh gangguan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ir Atemin, bantuan air melalui lori tangki akan disediakan kepada pengguna terlibat dengan memberi keutamaan kepada bangunan awam dan premis kritikal seperti klinik dan pusat hemodialisis.

Iklan

Beliau turut memohon maaf atas segala kesulitan yang akan ditempuhi pengguna SATU sepanjang tempoh gangguan bekalan air berlaku.

"Sebarang maklumat semasa dan aduan boleh disemak melalui aplikasi MySATU, facebook Satu, laman sesawang www.satuwater.com.my atau pusat panggilan pelanggan 1-300-882-111,” katanya.