Malaysia harap Indonesia segera tangani kebakaran hutan

Iklan
Foto: Bernama

SEMARANG (JAWA TENGAH) - Malaysia berharap Indonesia dapat menangani masalah kebakaran hutan dan ladang dengan segera kerana kesan jerebu akibat kebakaran itu kini turut menjejaskan Malaysia dan Singapura.

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Zainal Abidin Bakar berkata, Malaysia sentiasa bersedia membantu Indonesia memadam kebakaran hutan jika bantuan itu diperlukan.

Iklan
Iklan

"Malaysia menghargai usaha-usaha yang dilakukan Indonesia (menangani kebakaran), cuma kita berharap masalah ini diselesaikan segera kerana masalah jerebu kini turut menjejaskan Malaysia dan Singapura," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program promosi Tahun Melawat Malaysia 2020 di sini hari ini.

Iklan

Zainal Abidin berkata, Malaysia juga akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat perladangan Malaysia yang didapati terbabit dalam aktiviti pembakaran terbuka di Indonesia.

Baru-baru ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, Indonesia kini sedang melakukan 'segala-galanya' dalam usaha menangani kebakaran hutan dan ladang yang menyebabkan berlakunya jerebu teruk di beberapa wilayah di republik itu.

Iklan

Lebih 10,000 petugas pemadam kebakaran termasuk polis dan tentera kini bertungkus-lumus memadam kebakaran di beberapa wilayah di Indonesia seperti di Kalimantan, Jambi, Riau dan Sumatera Selatan.

Sejak Januari lepas, lebih 300,000 hektar hutan dan ladang terbakar di beberapa provinsi di Indonesia. - Bernama