Kehilangan besar buat negara: Tun M

Iklan
Dr Mahathir tiba di Masjid Noh Gadut, Serkat, Pontian pada jam 3.45 petang untuk solat jenazah.

PONTIAN - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejateraan Sosial), Datuk Wira Dr Md Farid Md Farik satu kehilangan besar kepada negara.

"(Allahyarham) masih muda, takziah kepada keluarga," katanya ketika ditemui selepas solat jenazah di Masjid Jamek Datuk Noh Gadut, Serkat petang tadi.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Tun Mahathir tiba di Masjid Jamek Datuk Noh Gadut bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali kira-kira jam 3.45 petang.

Turut mengiringi beliau, Menteri Besar Johor, Datuk Sahruddin Jamal; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy; Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.

Iklan
Dr Mahathir ketika ditemui media selepas selesai menunaikan solat jenazah di Masjid Jamek Datuk Noh Gadut.

Tun Dr Mahathir kemudiannya menunaikan solat jenazah bersama kira-kira 500 jemaah.

Selesai solat, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Wakaf Haji Ahmad Chokoh.

Iklan

Suasana di luar masjid diselubungi kesedihan apabila kira-kira 1,000 orang terdiri penduduk, rakan, saudara mara, pemimpin politik hadir memberi penghormatan terakhir.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Menteri di JPM meninggal dunia

Pemimpin zahir takziah di Twitter, FB pemergian Md Farid