Anggota polis pengiring Permaisuri Agong terlibat nahas

Iklan
Raja Permaisuri Agong mencemar duli membantu anggota polis yang terlibat dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan baginda di lampu Isyarat Jalan Semarak di sini petang tadi. FOTO: IHSAN PEMBACA

KUALA NERUS - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terlibat dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di lampu isyarat Jalan Semarak, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang, mangsa, Koperal Giang Anak Balok, 28, dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu yang menunggang motosikal berkuasa tinggi mengiringi Permaisuri Agong di Jalan Tengku Mohamad di sini.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Taman Semarak menghala ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan sedang bergerak dari lorong kanan.

"Setibanya di lokasi motosikal ditunggang mangsa terbabas melanggar pembahagi jalan dan dia tercampak ke dalam longkang di tengah pembahagi jalan berkenaan.

Iklan

"Mangsa yang cedera di lengan dan lutut kanan serta belakang badan dihantar mendapatkan rawatan susulan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Kejadian itu tular apabila beberapa gambar anggota yang terbabit dengan kemalangan itu tersebar di media sosial.

Iklan

Malah, gambar yang memaparkan Permaisuri Agong mencemar duli bagi membantu mangsa turut tular.