Polis siasat video bebola daging 'inti dadah'

Iklan
Satu rakaman klip video yang menunjukkan buntil plastik yang dipercayai mengandungi dadah disorok di dalam bebola daging, tular di laman sosial.

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman klip video yang menunjukkan buntil plastik yang dipercayai mengandungi dadah disorok di dalam bebola daging, yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, risikan serta siasatan lanjut dijalankan walaupun polis belum menerima sebarang laporan berhubung penularan klip video berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kami masih belum lagi menerima sebarang laporan berhubung video itu dan hanya mengetahuinya setelah ia tular di laman sosial.

"Saya telah beri arahan kepada pegawai saya untuk buat semakan dan risikan, tetapi kalau dilihat pada video itu, saya tidak pasti sama ada ia berlaku dalam negara atau luar negara,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Iklan

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil makanan yang ditawarkan oleh individu tidak dikenali seperti yang dipaparkan dalam klip video itu.

Rakaman klip video yang berdurasi seminit dan 29 saat yang tular baru- baru ini di laman sosial memaparkan seorang wanita menghiris beberapa bebola daging sebelum mengeluarkan buntil plastik kecil dipercayai mengandungi dadah.

Iklan

Setiap satu bebola daging itu didapati mengandungi satu buntil yang dibalut dengan plastik berwarna hijau dan putih.- Bernama