Penduduk Switzerland bantah teknologi tanpa wayar 5G

Iklan
Pelancaran teknologi tanpa wayar 5G dibantah penduduk Switzerland. FOTO: AFP

BERN - Pelancaran teknologi tanpa wayar 5G dibantah penduduk Switzerland dengan mengadakan tunjuk perasaan di ibu negara Switzerland semalam kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan orang ramai.

Dengan membawa sepanduk, para penunjuk perasaan berkumpul di hadapan bangunan Parlimen Switzerland dalam usaha menghentikan pembinaan antena 5G yang lebih padat.

Iklan
Iklan

"Hakikat ramai penduduk keluar hari ini adalah sebagai membantah pengenalan 5G yang tidak terkawal,” kata Presiden bersama Frequencia yang menganjurkan perhimpunan itu, Tamlin Schibler Ulmann.

Negara kecil Monaco merupakan negara pertama di Eropah melancarkan rangkaian telefon bimbit 5G Julai lalu berdasarkan teknologi Huawei dari China yang dilihat oleh Amerika Syarikat sebagai risiko keselamatan utama.

Iklan

Pelancaran teknologi tanpa wayar 5G dibantah penduduk Switzerland. -FOTO: AFP

Namun pengkritik di Switzerland menegaskan radiasi elektromagnet yang dikeluarkan sistem baharu itu memberikan risiko kesihatan dan alam sekitar berbanding generasi terdahulu, teknologi telefon bimbit.

Iklan

Petisyen atas talian membantu memujuk beberapa wilayah di negara itu seperti Geneva, Vaud, Fribourg dan Neuchatel supaya menangguhkan pembinaan antena sebagai langkah berjaga-jaga.

Persekutuan Doktor Swiss (FMH) juga menggesa pendekatan berjaga-jaga teknologi baharu itu.

Penentang kepada teknologi baharu itu cuba mengumpulkan 100,000 tandatangan yang diperlukan untuk memaksa pungutan suara diadakan bagi menangguhkan teknologi sehingga risikonya dinilai dengan betul.

Pelancaran teknologi tanpa wayar 5G dibantah penduduk Switzerland. FOTO: AFP

Malah terdapat beberapa kajian mengenai kesan kesihatan teknologi baru yang sedang dijalankan termasuk oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sekumpulan pakar juga dilantik oleh kerajaan Switzerland pada tahun lalu untuk menyelidik risiko yang dihadapi apabila 5G diperkenalkan dan penemuan mereka harus diterbitkan pada akhir tahun ini.

Menurut pihak berkuasa, pada awal bulan Julai, 334 stesen antena untuk 5G telah beroperasi di seluruh negara. - AFP