Pendidikan, teknologi tak cukup bangunkan belia insaniah

Iklan
Pasukan Johan CB Kings bersama piala kejohanan.

KUANTAN - Masyarakat perlu berganding bahu memastikan pendidikan belia bukan semata-mata berteraskan teknologi sebaliknya menitikberatkan pembangunan sukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, ini kerana pada kini pendidikan dan teknologi sahaja tidak mencukupi dalam pembangunan belia insaniah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pendidikan tidak hanya menerusi medium di dalam kelas atau media massa sebaliknya boleh dipelajari menerusi pengalaman dalam sukan.

"Sukan adalah sesuatu yang amat dekat dengan belia kerana ia membantu seseorang anak muda itu mengasah kecekapan, bekerjasama antara satu sama lain serta meningkatkan pembentukan minda ke arah masa depan cemerlang.

Iklan

"Saya terharu diberitahu bahawa acara sukan Kejohanan Sofbol Piala Andy kali ke 16 ini dilaksanakan sepenuhnya oleh para sukarelawan kalangan belia. Termasuk dari sudut mempromosikan sukan ini sebagai perlawanan yang sihat dan menyumbang ke arah kesejahteraan komuniti," katanya.

Dari kiri, Kerk, Fuziah dan Chon Siang pada majlis perasmian tersebut.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas merasmikan kejohanan tersebut di sini semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang.

Seramai 23 pasukan menyertai tahun ini termasuk empat pasukan dari Singapura dan buat pertama kalinya penyertaan sebuah pasukan dari Thailand.

Presiden Persatuan Besbol & Sofbol Pahang Kerk Chun Beng berharap, usaha keras untuk mempromosikan sukan tersebut lebih berbaloi dengan penglibatan ramai pihak menyertainya di masa akan datang.

Beliau juga berharap untuk memperoleh padang kekal untuk sukan sofbol Pahang.

"Sofbol Pahang telah mencapai rekod yang mengagumkan. Anak muda Pahang telah memenangi kejohanan peringkat kebangsaan bawah 18 tahun sebanyak sembilan kali.

"Mereka juga memenangi rekod lelaki bawah 16 tahun sebanyak 12 daripada 15 kali kejohanan ini dijalankan.

"Ini membuktikan Pahang sentiasa menghasilkan pemain kebangsaan untuk pasukan lelaki dan wanita," katanya.

Pasukan Johan CB Kings bersama piala kejohanan.

Kerk berkata, pasukan tempatan SMJK Tanah Putih mengalahkan lawan dewasa mereka yang lebih berusia dengan mata 10-2 di final; satu petanda baik untuk bakal pemain-pemain Pahang akan datang.

Kemuncak kejohanan adalah antara CB Kings sebuah pasukan gabungan dari Malaysia dan Singapura melawan Team Shark dari Thailand. CB Kings terbukti terlalu kuat untuk disaingi Sharks dengan kemenangan 15-4.

Sejajar dengan tagline acara itu, 'Sharing Great Moments Together' pasukan membawa pulang pengalaman hebat mereka sepanjang kejohanan berlangsung.