SUNGAI BULOH - 'Kami akan tinggalkan tempat ini (khemah sementara) esok, namun kami harap kerajaan negeri sudi turun berjumpa kami sendiri," luah penduduk yang rumah dirobohkan berikutan kerja pelebaran Sungai Kedondong di Paya Jaras Hilir di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Paya Jaras, Azroy Abdul Manaf berkata, esok hari terakhir bagi seramai 39 keluarga di khemah ini mendapat rumah sewa baharu.