SUNGAI BULOH - Ini bukan soal politik, ini soal perikemanusiaan, itu antara reaksi aktivis masyarakat Kuan Chee Heng ketika menziarahi penempatan sementara penduduk di Kampung Paya Jaras Hilir di sini.
Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, apa yang dilihatnya ini langsung tidak ada kena mengena dengan politik.
"Saya datang ke khemah penempatan sementara ini, saya lihat ramai anak-anak, wanita tak kurang juga warga emas tinggal dalam keadaan tidak selesa.
"Pada saya tak sepatutnya kita katakan ini soal politik, ketepikan segala isu politik, ini adalah soal kemanusiaan," katanya.
Katanya, dirinya turut menyumbangkan beberapa barangan seperti keperluan makanan kepada penduduk yang terlibat.
"Saya yakin kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Selangor cakna akan apa yang berlaku ini.
"Marilah kita bersama membantu mereka, tanpa kira apa jua pegangan politik, kasihanilah mereka," katanya.