95 peratus kebakaran di Sri Aman berjaya dipadam

Iklan
Tinjauan dari udara kebakaran hutan seluas 25 hektar yang berlaku di Kampung STC, Sri Aman baru-baru ini.

KUCHING - Kira-kira 95 peratus daripada 246 hektar tanah gambut yang terbakar di Sri Aman telah dapat dipadamkan setakat hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kebakaran hampir dikawal sepenuhnya dan hanya sebahagian kecil sahaja yang masih terbakar.

Iklan
Iklan

"Esok pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengadakan sidang media bagi memaklumkan status dan perkembangan semasa mengenai operasi,” katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, hasil pemantau dan penilai setakat jam 3 petang tadi kebakaran gambut masih berlaku terutama di sektor A dan sektor B yang meliputi kawasan seluas 8 hektar.

Iklan

"Di sektor C pula kebakaran dapat dipadamkan keseluruhannya dengan penggunaan helikopter MI-171 dalam operasi water bombing yang menggunakan sejumlah 25,200 liter air dengan 14 sorti.

"Water bombing yang menggunakan pesawat Bombardier CL-415 dapat melakukan sejumlah 10 sorti dengan sejumlah 60,000 liter air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Ling Hii berkata, operasi pemadaman di darat turut menggunakan bantuan lapan buah excavator dengan melakukan ‘compacting fire break’ di lokasi kebakaran di kawasan Kejetau-Lingga.

Setakat jam 4 petang tadi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat bahagian mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Sri Aman (199), Kuching (116), Samarahan (125) dan Miri (103).

Lapan lagi kawasan mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana iaitu Sarikei (99), ILP Miri (98), Sibu (88), Mukah (78), Samalaju (92), Bintulu (76), Kapit (58) dan Limbang (73).

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com. - Bernama