Jerebu: Waspada lakukan aktiviti air
Iklan
LANGKAWI - Pengunjung dan operator sukan air di pulau ini khususnya di pantai tarikan pelancong diminta berwaspada bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berikutan keadaan berjerebu.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan keadaan sekitar pantai selamat untuk sebarang aktiviti sukan air dalam keadaan berjerebu ketika ini.
Iklan
Iklan
"Kita telah maklumkan kepada pengusaha sukan air di sini supaya melihat juga keadaan sekitar pantai ini dari semasa ke semasa sebelum menjalankan sebarang aktiviti.
"Anggota APM yang berada Menara Penyelamat Pantai juga akan memastikan keselamatan pengunjung yang melakukan aktiviti di air dan memberi nasihat sekiranya keadaan jerebu tidak sesuai untuk sebarang aktiviti," katanya ketika ditemui di Pantai Chenang di sini hari ini.
Iklan
Langkawi mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 112 setakat jam 5 petang hari ini.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>