Murid tahun satu lemas di Sungai Kuala Ibai

Iklan
Mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 20 meter dari lokasinya dilaporkan lemas.

KUALA TERENGGANU - Keriangan tiga sahabat mandi di muara Sungai Kuala Ibai di sini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas petang tadi.

Mangsa, Fakih Abd Rahman Mohd Amran, 7, ditemukan lemas di dasar sungai pada jam 6.33 petang tadi.

Iklan
Iklan

Difahamkan, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai itu bersama dua lagi rakan sebayanya mandi di kawasan terbabit kira-kira jam 5.30 petang.

Bagaimanapun, dia dan seorang rakannya dikatakan lemas, sebelum seorang daripadanya berjaya diselamatkan oleh tukang masak sebuah restoran berhampiran tempat kejadian.

Iklan

Saksi kejadian, Muhamad Azhar Mohammad, 30, berkata, dia sedang berbual bersama rakannya sebelum dikejutkan dengan kehadiran rakan mangsa yang meminta tolong.

"Dia beritahu dua kawannya lemas dan saya segera terjun untuk cuba selamatkan mereka, tapi hanya sempat selamatkan seorang.

Iklan

"Budak yang berjaya diselamatkan itu dalam keadaan lemah manakala kawan yang lain hubungi bomba untuk dapatkan bantuan," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 5.55 petang sebelum lapan anggota bersama satu jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya melakukan pencarian di permukaan air sebelum mayat mangsa ditemui di dasar sungai, kira-kira 20 meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.