Bank DNA langkah baik kekang salah guna identiti: Zainul Rijal

Iklan
Zainul Rijal

SHAH ALAM - Usaha Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengusulkan supaya diwujudkan bank data asid deoksiribonukleik (DNA) dan dimasukkan ke dalam sijil kelahiran untuk jangka masa panjang adalah langkah yang baik bagi mengekang penyalahgunaan identiti melalui kad pengenalan.

Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berpendapat, langkah itu tepat dan apabila maklumat serta DNA ada ketetapan 99.99 peratus, maka seseorang individu itu tidak boleh menyamar lagi.

Iklan
Iklan

Namun, katanya, ada beberapa peruntukan undang-undang yang perlu dipinda khusus mengenai kesukarelaan memberi maklumat DNA individu.

"Mungkin ada juga yang jadikan isu hak asasi dan beranggapan kebebasan peribadi dihakis. Mungkin juga ada yang mendakwa mereka bebas untuk memberikan maklumat DNA atas apa juga sebab.

Iklan

"Perkara yang perlu diberi perhatian adalah jaminan terhadap penyalahgunaan maklumat DNA yang mungkin ada pihak akan salah guna,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Beliau mengharapkan mekanisme lebih mantap dapat mengekang ketirisan maklumat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Iklan