Lima aktivis alam sekitar muda seluruh dunia

Iklan
Alexandria Villasenor

APABILA membicarakan tentang gerakan memperjuangkan isu perubahan iklim dan alam sekitar, antara nama yang kerap meniti di bibir ramai ialah Greta Thunberg, seorang aktivis muda berusia 16 tahun dari Sweden.

Namun selain Thunberg, terdapat ramai lagi aktivis muda yang memperjuangkan nasib bumi demi masa depan.

Iklan
Iklan

Dari India ke Kenya, golongan muda semakin bangkit mendesak tindakan segera dan berkesan diambil bagi menangani isu alam sekitar seperti pencemaran plastik dan pembasmian hutan.

Mari kita mengenali beberapa aktivis muda yang memainkan peranan mereka dalam menyelamatkan bumi.

Iklan

1.Lesein Yes (Kenya)

Lesein menyatukan minatnya terhadap aktiviti luar dan sukan bola sepak selepas mendengar tentang pembasmian hutan, perubahan iklim dan pencemaran plastik.

Iklan

Anak muda berusia 15 tahun itu menanam sebatang pokok setiap kali berjaya menjaringkan gol.

Lesein turut menggalakkan sekolah dan kelab bola sepaknya untuk lebih mengambil berat terhadap kebajikan alam sekitar.

Alexandria Villasenor

2.Alexandria Villasenor (Amerika Syarikat)

Berusia 14 tahun, Alexandria Villaseñor mengadakan protes di luar bangunan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada setiap hari Jumaat.

Penggerak kempen 'Fridays For Future' berkenaan berkata, dirinya masih terlalu muda untuk mengundi namun apabila mengadakan protes, dia berasa seolah-olah mengambil alih masa depan.

3.Aditya Mukarji (India)

Mukarji, seorang anak muda berusia 15 tahun mula berkempen mengajak orang ramai berhenti menggunakan penyedut minuman plastik sejak awal tahun 2018.

Pada usia 13 tahun, Mukarji berkunjung ke kafe dan restoran bagi memujuk pihak pengurusan menggunakan alternatif lebih mesra alam berbanding penyedut minuman plastik.

Anak muda itu turut menentang aktiviti penebangan pokok dan menyokong protes berkaitan iklim.

Ella dan Caitlin McEwan

4.Ella dan Caitlin McEwan (United Kingdom)

Ella dan Caitlin McEwan dari Southampton merupakan dua beradik yang menjalankan petisyen meminta restoran makanan segera berhenti meletakkan mainan plastik dalam hidangan kanak-kanak.

Kedua-dua mereka berjaya mengumpul lebih 400,000 tandatangan dan sejak itu McDonalds berkata, pelanggannya boleh memilih antara mainan atau buah.

Burger King pula memaklumkan pihaknya tidak lagi akan memberikan mainan plastik.

Leah Namugerwa

5.Leah Namugerwa (Uganda)

Leah Namugerwa merupakan aktivis alam sekitar berusia 14 tahun dan peserta gerakan 'Fridays for Future' di Uganda.

Sejak Februari tahun ini, Namugerwa mengadakan protes menuntut tindakan lebih tegas terhadap isu perubahan iklim dan pencemaran plastik pada setiap Jumaat.

Tanah pertanian di Uganda seperti kebanyakan negara lain di Afrika berisiko menjadi kering dan tidak subur.

Pakar berkata, keadaan itu disebabkan kemarau dan kenaikan suhu, dua faktor yang berkaitan perubahan iklim.

"Saya mahu melakukan perubahan positif di negara saya dan menekan kerajaan untuk bertindak," kata Namugerwa kepada BBC.