TEHRAN - Iran membebaskan kapal tangki minyak Britain, Stena Impero yang ditahan di Selat Hormuz pada Julai atas kesalahan maritim," lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan agensi berita swasta Iran pada Ahad.
Allahmorad Afifipour, pengurus besar Pelabuhan dan Maritim Hormozgan Iran yang mengesahkan perkara itu berkata kapal tersebut akan memulakan pelayaran dari Pelabuhan Bandar Abbas ke perairan antarabangsa tidak lama lagi.
Iklan
Iklan
Meskipun kapal tangki itu dibenarkan meninggalkan perairan Iran, dokumen perundangan bagi kesalahannya masih dibuka dalam badan kehakiman Iran," lapor Agensi Berita Tasnim memetik kenyataan Afifipour.
Iran telah menahan Stena Impero pada 19 Julai kerana mendakwa ia melanggar peraturan maritim ketika melewati Selat Hormuz dua minggu selepas Britain merampas sebuah kapal tangki Iran berhampiran Gibraltar.
Terdahulu Iran membebaskan tujuh anggota kru kapal tangki itu.
Para pegawai Iran telah menolak sebarang kaitan antara kes Stena Impero dan kapal tangki Grace 1 Iran oleh Britain.
Grace 1, yang dinamakan semula sebagai Adrian Darya 1, telah dibebaskan pihak berkuasa Gibraltar pada 16 Ogos. - Bernama