KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Tanjung Piai, Johor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam kenyataan hari ini berkata, selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan suruhanjaya itu hendaklah mengisi kekosongan luar jangka itu dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pemberitahuan diterima.