KUALA TERENGGANU - Daerah Kemaman mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi yang berada pada tahap tidak sihat di Terengganu diikuti Dungun (Paka) dan Kuala Terengganu.
Laman Web Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan sehingga jam 9 pagi tadi Kemaman mencatatkan bacaan IPU 163 diikuti Paka (137) dan Kuala Terengganu (128).
Iklan
Iklan
Besut pula mencatatkan bacaan IPU sederhana namun menunjukkan peningkatan kepada 97 berbanding bacaan 83 pagi semalam.
Terengganu mula dilanda jerebu sejak 19 September lalu dengan daerah Kuala Terengganu mencatatkan bacaan IPU tertinggi yang berada pada tahap tidak sihat.
Iklan
Iklan
Seorang kanak-kanak melihat keadaan jerebu yang melanda Kuala Terengganu dari tingkat 15 Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini jam 6 petang semalam.