Keputusan inkues: Balai bomba disaran adakan solat hajat, tahlil

Iklan

PUTRAJAYA - Seluruh balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) disaran mengadakan solat hajat dan tahlil menjelang keputusan inkues kematian anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim Jumaat ini.

Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia bersama enam Persatuan Pesara-Pesara Bomba Negeri dalam kenyataannya menyarankan agar solat hajat dan tahlil diadakan pada Khamis malam Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya akan menganjurkan tahlil pada malam Jumaat.

"Oleh itu kami menyeru seluruh balai-balai bomba dan Penyelamat Malaysia dapat mengadakan majlis tahlil dan doa pada tarikh tersebut atau sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Muhammad Adib, 24, anggota JPBM Balai Subang Jaya cedera parah ketika bertugas dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ.

Beliau menghembuskan nafas di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari dirawat.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan inkues Adib 27 September

Prosiding inkuri bermula pada 11 Februari lalu di hadapan Koroner Rofiah Mohamad memakan masa sehingga 41 hari.

Seramai 30 saksi dipanggil memberi keterangan dan 137 eksibit dikemukakan kepada mahkamah.

Mahkamah Koroner dijadualkan membacakan keputusan jam 10 pagi pada Jumaat ini.