Saya tahu sunat bagus untuk kebersihan

Iklan
Pelakon, Adam Corrie

PELAKON, Adam Corrie, 50, berkongsi mengenai hal bersunat atau berkhatan di Instagramnya, baru-baru ini.

Menurut, Adam, dia berkhatan ketika usianya setahun sebelum mengangkat syahadah.

Iklan
Iklan

Adam berkongsi hal tersebut ketika hari anak pertamanya disunatkan di Pusat Perubatan Pakar KPJ Ampang Puteri.

"Saya sunat setahun sebelum saya syahadah. Saya tahu sunat ini bagus untuk kebersihan diri.

Iklan

"Saya berkhatan ketika usia 38 tahun. Fateh sunat usia 5 Bulan. Semuannya dengan izin ALLAH," tulisnya.

Dalam perkongsian sama Adam berharap semoga zuriatnya menjadi seorang anak yang soleh.

Iklan

"Alhamdulillah... semoga Fateh menjadi anak yang soleh dan jadi penyambung Dakwah Rasulullah SAW. Terima Kasih Dr Usamah dan jururawat yang sunat Fateh tadi.

"Bidadari saya iaitu mak Fateh tukang ambil gambar dan nangis. Abah tukang zikir kat telinga Fateh masa sunat," kata Adam.

Untuk rekod, Adam memeluk agama Islam pada 13 Julai 2007 dan mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008.