'Kerajaan tak akan guna undang-undang rampas Kampung Baru'

Iklan
Seorang pemilik Facebook yang menggunakan nama Mokhtar Kader mendakwa Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar berkata kerajaan terpaksa mengambil alih kawasan tersebut mengikut undang-undang.

PUTRAJAYA - Kementerian Wilayah Persekutuan menafikan dakwaan akan merampas tanah Kampung Baru, Kuala Lumpur menggunakan saluran undang-undang sekiranya pemilik enggan menerima tawaran kerajaan.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri, Zulkifli Sulong berkata, perkara itu telah ditegaskan oleh Khalid Samad dalam sesi townhall bersama 3,000 pemilik dan pewaris tanah kawasan, Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

"Menteri sudah berulang kali menyatakan tidak akan menggunakan saluran undang-undang dalam proses pengambilan tanah ini meskipun terdapat peruntukan yang membolehkan berbuat demikian," katanya.

Menurutnya, kerajaan tidak akan mengalami sebarang kerugian sekiranya penduduk dan pemilik tanah enggan menerima tawaran RM850 bagi setiap kaki persegi.

Iklan

"Kalau mereka tak mahu, tidak mengapa. Itu saja," katanya.

Sebelum ini, seorang pemilik Facebook yang menggunakan nama Mokhtar Kader mendakwa Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar berkata kerajaan terpaksa mengambil alih kawasan tersebut mengikut undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN Isu Kampung Baru: Kerajaan mungkin tawar harga lebih tinggi

Iklan