Bukan event cari keuntungan: Nizam Laksamana

Iklan
Penyanyi, Nizam Laksamana

PENYANYI terkenal era 90-an, Nizam Laksamana berkata, showcase amal yang bakal berlangsung pada 22 Februari 2019 bukanlah acara untuk mencari keuntungan.

Menurut, Nizam, acara itu nanti bertujuan mengumpul dana untuk bantuan kepada keluarga asnaf rumah anak-anak yatim dan menyantuni saudara yang tiada penginapan.

Iklan
Iklan

"Idea ini dah lama terbuku sejak majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim di Kuala Lumpur, kira-kira tiga tahun lalu.

"Terbit rasa minat untuk mengadakan program seumpama itu lagi. Jadi saya panggil kawan-kawan untuk adakan lagi program sebegitu.

Iklan

"Bagaimanapun, hasrat untuk buat tahun ini tidak tercapai atas sebab-sebab tertentu. Namun, pada Oktober lalu saya bersama rakan artis lain sudah duduk berbincang untuk meneruskan hasrat ini, lantas, mereka pun memberikan respon positif," ujarnya kepada Sinar Harian ketika dihubungi.

Tambah Nizam, untuk menjayakan program itu, dia bersama tujuh orang rakan artis lain memerlukan sokongan penaja.

Iklan

"Saya menyeru kawan-kawan kalau boleh santuni saudara keliling kita, instead ke luar negara, di sini lebih memerlukan.

"Untuk makluman, ini juga bukanlah event cari keuntungan tetapi berhibur sambil beramal.

"Kami juga masih mencari pihak yang sudi menaja projek amal ini," akhirinya.

Showcase pertengahan Februari 2019 akan bermula pada jam 8 malam di Sultan Ballroom, Hotel DC, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Barisan artis terdiri daripada Baggio Damasutra, Ameng Spring, Tia Jinbara, Nizam Laksamana, Amir Ukays, Zamani Slam, Gmie Screen dan Renggo Arrow.

Tiket hanya berharga RM150 seorang dan RM1,500 bermeja dan boleh hubungi di talian yang tertera pada poster.