Kesan jerebu pada produktiviti negara

Iklan

HAMPIR sebulan berlalu, Malaysia serta beberapa negara jiran terkesan dengan pembakaran hutan secara terbuka di Sumatera, Indonesia.

Sudah menjadi satu ‘festival’, Indonesia saban tahun tanpa gagal menghadiahkan jerebu yang memberi impak ketara khususnya kepada kesihatan awam secara keseluruhannya.

Iklan
Iklan

Tiada pilihan buat rakyat Malaysia apabila terpaksa menyedut udara tidak sihat dek kerana sikap tidak bertanggungjawab pelaku pembakaran terbuka ini.

Disebabkan itu, ramai yang mengalami masalah kesihatan antaranya iritasi pada mata dan kulit serta masalah pernafasan seperti asma.

Iklan

Laporan daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan berkaitan konjunktivitis (mata) meningkat 20 hingga 30 peratus di 42 hospital kerajaan seluruh negara kesan daripada jerebu teruk.

Sudah tentu, mereka yang berisiko terutamanya bayi, kanak-kanak dan warga emas amat terkesan dengan situasi ini.

Iklan

Bagi penulis, jerebu adalah polemik berlarutan yang akan reda seketika namun menjengah semula tanpa diundang.

Walaupun 10 negara Asean sudah menandatangani Perjanjian Menangani Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) yang dimeterai pada 2014 sudah ada, namun penyelesaian konkrit masih samar.

Selain kesihatan, jerebu turut memberi kesan kepada ekonomi, apabila banyak industri turut terjejas bergantung kepada betapa teruknya jerebu dan berapa lama ia berlarutan.

Antara yang terkena tempiasnya adalah sektor pelancongan, pembinaan, perladangan dan pertanian yang menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Manakan tidak, peningkatan ketidakhadiran kerja terutamanya mereka yang bekerja dalam industri tersebut pasti akan berlaku. Secara tidak langsung akan menjejaskan produktiviti dan negara juga akan mengalami impaknya.

Dalam satu laporan yang disiarkan Sinar Harian, Pakar Perubatan Dalaman, Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Dr Maisara Yusra berkata, jerebu sememangnya menjejaskan kesihatan apabila udara di sekeliling dipenuhi dengan debu-debu yang berbahaya yang akhirnya membawa banyak penyakit.

"Jangkitan kuman ke paru-paru, akut bronkitis, bronkitis yang kronik, asma dan chronic obstructive pulmonary diseases (COPD), mereka yang mempunyai penyakit paru-paru seperti lung fibrosis dan jantung yang lemah serta mereka yang mudah sensitif pada bahan-bahan toksik antara mudah terkesan.

"Kadangkala jerebu boleh juga menyebabkan sakit kepala, gatal mata, hidung dan tekak. Pesakit turut mudah terkena batuk secara berterusan serta menunjukkan simptom-simptom respiratori seperti pernafasan berbunyi atau sesak nafas," katanya.

Tambah beliau, paling dibimbangi, jerebu boleh mengakibatkan kematian jika pesakit jantung dan paru-paru menunjukkan gejala semakin lemah.Dengan jarak penglihatan yang terhad serta bau kurang menyenangkan, sudah tentu jerebu memberikan kesan langsung kepada sektor pelancongan kerana pengunjung akan lebih bersifat selektif dan menangguhkan jadual perjalanan sekiranya keadaan jerebu berpanjangan.

Ini pastinya memberi kesan kepada perancangan Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menyasarkan 30 juta pelancong.

Malah, sektor pelancongan juga akan mewujudkan kesan domino di mana rantaian perniagaan lain yang bergantung kepada kedatangan pelancong turut terkesan.

Langkah pencegahan

Sebagai langkah pencegahan, golongan yang berisiko seperti bayi, kanak-kanak dan warga emas perlu menghadkan aktiviti luar rumah, terutamanya ketika tahap pencemaran tinggi.

Ini kerana aktiviti fizikal lasak ketika jerebu akan meningkatkan kadar pernafasan meningkat dan lebih banyak jumlah udara tercemar masuk ke dalam sistem pernafasan.

Ibu bapa juga perlu lebih peka terhadap kesihatan anak-anak, dengan menggunakan penutup hidung dan mulut serta menjauhi aktiviti di luar bangunan.

Dalam situasi ini, jerebu yang saban tahun menjadi tajuk utama media, perlu tindakan proaktif terutamanya oleh Indonesia, dalam mengekang kebakaran terbuka.

Tanpa penguatkuasaan yang lebih ketat, episod sama pasti berulang.