Ratusan kasut digantung simbolik wanita mangsa dera

Iklan
Setiap pasang kasut yang digantung mewakili setiap wanita yang terkorban. - Foto Agensi

ISTANBUL - Seorang pereka grafik di Turki menggantung 440 kasut tumit tinggi di sekitar bangunan di ibu negara sebagai mengingati setiap wanita yang meninggal dunia dalam keganasan rumah tangga sepanjang tahun lalu.

Keganasan rumah tangga adalah isu utama di seluruh dunia dan ramai wanita sering menderita akibat didera, malah ada juga kes melibatkan kematian di tangan pasangan masing-masing.

Iklan
Iklan

Atas sebab itu, Vahit Tuna ingin menarik perhatian orang ramai terhadap masalah penderaan domestik yang sering dipandang enteng.

Tuna memilih untuk menyebarkan mesej itu di seluruh kawasan sekitar 260 meter persegi di bahagian luar dinding bangunan Yankose, sebuah platform seni bukan berasaskan keuntungan.

Iklan

Katanya, dia memilih untuk mempamerkan hasil seninya di luar bangunan kerana ingin menarik perhatian setiap orang yang melalui kawasan itu dan bukan hanya peminat seni.

"Inilah sebabnya mengapa kami tidak mahu mengadakan pameran di kawasan tertutup," jelasnya.

Iklan

Di beberapa tempat di Turki, sudah menjadi adat untuk meninggalkan kasut seseorang yang telah meninggal dunia di luar rumah mereka.

Menggunakan idea sama, Tuna memilih 440 kasut tumit tinggi berwarna hitam kerana ia melambangkan si mati.

Pada 2017, seramai 409 wanita dibunuh pasangan mereka dan jumlah itu meningkat kepada 440 orang tahun lalu. - Agensi