Bank hanya alami masalah jika kegawatan ekonomi

Iklan
Profesor Dr Barjoyai Bardai

SHAH ALAM - Sektor perbankan di negara ini berada di landasan yang baik dan menjadi industri paling menguntungkan.

Pakar ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai berkata, margin keuntungan diperoleh bank juga adalah tinggi.

Iklan
Iklan

"Margin keuntungan adalah perbezaan antara kadar deposit diperoleh daripada pelanggan dengan kadar pinjaman yang diberikan. Jadi kadar untungnya memang tinggi.

"Dengan mengambil perkembangannya sejak dua tahun lalu, sektor perbankan ini memang memperoleh keuntungan yang tinggi," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Iklan

Beliau berkata, sektor berkenaan hanya akan menghadapi masalah apabila kegawatan ekonomi berlaku dan kadar hutang lapuk yang tidak dibayar.

"Ini berlaku kerana pelanggan tidak mampu membayar hutang dan hutang mereka akan menjadi hutang lapuk," katanya yang turut memaklumkan kos operasi sektor perbankan juga rendah.

Iklan

Dr Barjoyai berkata demikian merujuk kepada kemungkinan bank menghadapi masalah kewangan sehingga terpaksa mengenakan caj perkhidmatan di kaunter mesin deposit tunai (CDM) bagi pembayaran bil kad kredit.

Sementara itu, Dr Barjoyai berkata, pihak bank perlu mengeluarkan pelaburan tinggi sekiranya mahu memperkenalkan satu teknologi baharu yang memerlukan penyediaan peralatan dan pembangunan sistem.

"Pembangunan sistem baru dalam sektor perbankan adalah berkos tinggi kerana bank memerlukan kos sekurang-kurangnya RM500 juta untuk memperkenalkan satu sistem baru.

"Jumlah itu diperlukan apabila bank itu memperkenalkan satu sistem baharu misalnya perbankan online tetapi pelaburan itu dapat diperoleh semua dalam tempoh tiga tahun," katanya.