Waris mangsa nahas Boeing bakal terima pampasan RM603,301

Iklan
Waris keluarga 346 mangsa penumpang nahas Boeing di Ethiopia dan Indonesia akan dibayar pampasan RM603,301 setiap seorang. FOTO: AGENSI

WASHINGTON - Dana bantuan kewangan Boeing Co berjumlah AS$50 juta (RM208 juta) akan membayar pampasan kepada waris keluarga 346 mangsa penumpang dalam nahas di Ethiopia dan Indonesia.

Semalam pentadbir dana memaklumkan wang ganti rugi yang diselia oleh Peguam Ken Feinberg dan Camille S Biros yang diumumkan pada Julai lalu menetapkan setiap waris masing-masing akan menerima AS$144,500 (RM603,301) setiap seorang.

Iklan
Iklan

"Kami terus melahirkan rasa simpati yang amat mendalam kepada ahli keluarga yang terkorban dalam kemalangan tersebut. Pemberian dana itu adalah merupakan langkah penting dalam usaha untuk membantu keluarga terjejas," kata Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Co, Dennis Muilenburg.

Boeing turut merancang untuk memperuntukkan dana tambahan AS$50 juta (RM208 juta) bagi menyokong pendidikan dan memperkasakan ekonomi kepada komuniti yang kehilangan orang tersayang dalam tragedi tersebut.

Iklan

Difahamkan tuntutan perlu ditandatangani selewat-lewatnya sebelum 30 November depan dan penuntut yang layak akan dibayar dalam tempoh 10 hari.

Susulan tragedi itu, pesawat 737 Max telah digantung sejak Mac lalu dan kebanyakan negara masih belum membuat keputusan untuk membenarkannya kembali beroperasi seperti biasa.- Agensi

Iklan