SHAH ALAM- Pengendali Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan malam tadi memohon maaf kepada netizen setelah memuat naik satu hantaran mengenai rumah paku yang menyinggung perasaan orang ramai.
Menurut pengendalinya, perkara berkenaan tidak disengajakan.
Iklan
Iklan
Hantaran Rumah Paku itu kemudiannya dipadam.
Sebelum itu, pengendali Facebook berkenaan memuat naik hantaran mengenai Rumah Paku yang merujuk kepada rumah yang enggan dirobohkan pemiliknya di tengah projek pembangunan.
Iklan
Ramai netizen menganggap hantaran tersebut bertujuan menyindir penduduk Kampung Baru yang menolak tawaran kerajaan untuk pembelian tanah mereka sekaligus mengguris perasaan penduduk di kawasan berkenaan.
Keratan hantaran permohonan maaf pengendali Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan.
Iklan