SEOUL - Kementerian Pertanian Korea Selatan hari ini mengesahkan kes keempat akibat penularan demam babi Afrika (ASF) di sebuah ladang di Paju.
Korea Selatan telah memusnahkan kira-kira 15,000 babi sejak kes pertama dilaporkan pada 17 September lalu.
Iklan
Iklan
"Kami telah melakukan pemusnahan segera dan meneruskan penyiasatan epidemiologi," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kira-kira 2,300 babi sedang membesar di ladang itu turut terjejas.
Kes keempat berlaku sehari selepas kementerian itu menghantar permintaan kepada Korea Utara untuk melakukan usaha sama berkaitan perkara itu namun masih belum mendapat jawapan dari Pyongyang.
Virus ASF hanya menular ke atas babi dan tidak menjangkiti manusia tetapi belum ada penawar atau vaksin. Satu-satunya kaedah yang diketahui untuk mencegah penyakit itu daripada merebak adalah pemusnahan besar-besaran ternakan yang terkena jangkitan.
Kes kedua dan ketiga masing-masing berlaku pada 18 dan 23 September di bandar berdekatan Seoul.- AFP