Pekerja kilang didakwa rogol pelajar 13 tahun

Iklan
Mohd Nur Aliff Ismail dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didakwa merogol remaja berusia 13 tahun dua bulan lalu.

MELAKA TENGAH - Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang pelajar sekolah menengah yang dikenali di WeChat dua bulan lalu.

Tertuduh, Mohd Nur Aliff Ismail, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Iklan
Iklan

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan tanpa kerelaan terhadap pelajar berusia 13 tahun di sebuah hotel bajet di Kota Laksmana di sini, sekitar jam 8.30 malam pada 12 September lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksima 30 tahun dan sebatan.

Iklan

Terdahulu pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos tidak mencadangkan sebarang jaminan dan tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding.

Hakim kemudian tidak menawarkan sebatang jaminan dan menetapkan 24 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.

Iklan