Jaring gesa hutan paya bakau dipelihara

Iklan
Che Ani Mat Zain

KUALA LUMPUR - Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring) menggesa kerajaan menghentikan tebus guna untuk pembangunan akuakultur, pertanian dan industri di kawasan hutan paya bakau.

Timbalan Pengerusi Jaring, Che Ani Mat Zain berkata, tragedi tsunami 2004 mengorbankan 227,898 nyawa dan Malaysia antara negara yang terkesan perlu diambil pengajaran.

Iklan
Iklan

"Jaring menggesa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sallahudin Ayub bertindak tegas dengan menghentikan tebus guna dan pembangunan kawasan hutan paya bakau untuk kegiatan akuakultur, pertanian dan industri di hutan paya bakau," katanya.

Menurutnya, Jawatankuasa Operasi Menanam Pokok Bakau dan Spesies Yang Sesuai di Pesisiran Pantai Negara ditubuhkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bertujuan memelihara dan memulihara ekosistem hutan paya bakau di pesisir pantai negara.

Iklan

"Kerajaan membelanjakan jutaan ringgit setiap tahun untuk melaksanakan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya bakau seperti penanaman pokok bakau dan kempen kesedaran melalui Jabatan Perhutanan dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

"Selain melindungi pesisiran pantai, ekosistem hutan paya bakau dan laut turut berperanan sebagai tempat pembiakan dan pembesaran (nurseri) kepada sebahagian besar hidupan laut sebelum berpindah ke kawasan laut yang lebih dalam,” katanya.

Iklan

Menurutnya, Jaring menyambut baik keputusan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah, Datuk Junz Wong yang membatalkan kelulusan membina kolam udang tambahan di atas seluas 400 hektar kawasan hutan paya bakau di Pitas.

"Langkah tersebut harap dicontohi kerajaan dalam melindungi ekosistem hutan bakau di Malaysia yang semakin terjejas dengan pelbagai ancaman dan kemusnahan ekosistem hutan paya bakau seperti di Batu Maung, Pulau Pinang.

"Pengekalan hutan bakau Pulau Kukup sebagai Taman Negara Johor oleh Istana Johor dan kerajaan juga adalah langkah positif yang akan memberi manfaat kepada masyarakat khususnya komuniti nelayan,” katanya.