JPJ buru semua motosikal diubah suai tanpa kebenaran

Iklan
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Shaharuddin Khalid- Foto Bernama

MIRI - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan operasi penguatkuasaan membabitkan modifikasi motosikal hanya melibatkan pemilik motosikal jenis Yamaha 15ZR atau lebih popular dikenali Ysuku.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, operasi penguatkuasaan modifikasi motosikal tidak mengikut spesifikasi JPJ melibatkan kesemua jenis motosikal dan tidak pernah memfokuskan kepada motosikal jenis Ysuku sahaja.

Iklan
Iklan

"Saya perlu perbetulkan, JPJ akan ambil tindakan terhadap semua jenis motosikal yang diubah suai tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan JPJ, bukan Ysuku sahaja seperti ubah suai ekzos dan cermin (sisi),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, trend modifikasi motosikal bukan sahaja melibatkan Ysuku tetapi membabitkan motosikal model lain yang boleh membawa risiko bahaya kepada pemiliknya.

Iklan

Untuk rekod, netizen dalam media sosial mendakwa operasi penguatkuasaan JPJ dan polis melibatkan modifikasi motosikal Ysuku sahaja sekali gus menimbulkan salah faham pemilik motosikal berkenaan yang mendakwa menjadi mangsa keadaan terutama sekali motosikal yang tidak diubah suai.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, mekanisme terbaharu untuk menangani ketirisan kutipan hasil daripada urus niaga Lesen Kenderaan Motor (LKM) di negara ini bakal diketahui pada awal tahun hadapan.

Iklan

Menurutnya, pasukan petugas khas yang dipertanggungjawab untuk meneliti kaedah sesuai menyelesaikan masalah tersebut kini sedang dalam proses membuat kajian dan akan dibawa ke peringkat Kementerian Pengangkutan untuk kelulusan.

" JPJ kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan agensi lain untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Shaharuddin berkata, JPJ masih dalam proses mengkaji kemungkinan menentukan kesahihan kedudukan lokasi kenderaan berada di dalam negara ini menerusi sistem dalam talian ‘Ucustom’ yang dikendalikan oleh kastam.

Pada awal bulan ini, JPJ dalam satu kenyataan menyatakan ketirisan kutipan hasil daripada urus niaga di negara ini berjumlah RM50 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos 2019 dengan lebih 50 peratus urus niaga pembaharuan dibuat di Sabah, Sarawak, Labuan dan Langkawi. - Bernama