IPOH - Seorang guru lelaki maut selepas motosikal ditunggangi bergesel dengan sebuah kereta di Jalan Jelapang berhampiran Chepor dekat sini hari ini.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, mangsa, Mohd Hanafe Ramli, 33, beralamat dari Chemor meninggal dunia di tempat kejadian.
Iklan
Iklan
Difahamkan, mangsa yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Rambutan pada sesi petang dalam perjalanan pulang selepas menghantar anaknya ke sebuah tadika berhampiran.
Pemangku Ketua Polis Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggangi mangsa dari arah Meru ke Chepor bergesel dengan sebuah kereta Honda Accord yang datang dari arah sama dipandu seorang lelaki.
"Keadaan itu menyebabkan mangsa melambung ke atas kereta dan cedera parah di kepala.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh sebelum disahkan meninggal dunia," katanya.
Beliau berkata, pemandu kereta berusia 22 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.