8 bayi maut wad bersalin terbakar

Iklan
Lapan bayi maut dalam kebakaran di wad bersalin sebuah hospital di timur Algeria hari ini. GAMBAR HIASAN.

ALGIERS - Seramai lapan bayi maut dalam kebakaran di wad bersalin sebuah hospital di timur Algeria hari ini pada jam 3.50 pagi (waktu tempatan), kata perkhidmatan kecemasan.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Kapten Nassim Bernaoui berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan 11 bayi, 107 orang wanita dan 28 kakitangan hospital dalam kejadian itu.

Iklan
Iklan

"Malangnya kita menyesali kematian lapan bayi kerana gagal diselamatkan akibat melacur tersedut asap kebakaran," katanya.

Bernaoui berkata, puluhan jentera telah dikerah mengawal kebakaran namun punca belum diketahui.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri, Noureddine Bedoui telah mengarahkan siasatan dan menghantar Menteri Kesihatan, Mohamed Miraoui ke tempat kejadian.- Agensi