Darurat jerebu: Pelajar Malaysia di Riau, Jambi dievakuasi

Iklan
Proses evakuasi melibatkan 300 pelajar Malaysia di Riau dan Jambi berikutan provinsi tersebut diisytiharkan darurat akibat jerebu.

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan proses evakuasi pelajar Malaysia dari Riau dan Jambi berikutan provinsi tersebut diisytiharkan darurat akibat jerebu.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan hari ini berkata, proses evakuasi tersebut melibatkan seramai 300 pelajar.

Iklan
Iklan

"Proses evakuasi ini akan dilaksanakan secara bersama oleh Wisma Putra dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta agensi lain yang berkaitan termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pendidikan (KPM)," katanya.

Menurut kementerian itu, status darurat diletakkan kerajaan Indonesia bermula semalam sehingga 30 September depan.

Iklan

"Keadaan jerebu di wilayah tersebut berada pada tahap yang sangat membimbangkan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di antara 550 dan 700 iaitu dalam kategori berbahaya," katanya.

Sehubungan itu, Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Jakarta telah mengaktifkan bilik operasi bagi melancarkan proses evakuasi tersebut.

Iklan

"Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri, Putrajaya boleh dihubungi di talian 03-8887 4570 dan 03-8887 4770 atau menerusi emel opsroom@kln.gov.my.

Bilik Operasi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta boleh dihubungi di talian +6221-5224947 dan +62813-80813036 (WhatsApp) dan emel di mwjakarta@kln.gov.my atau jkonsular@gmail.com.