Inkues Adib: Peguam ketepi rayuan Tommy

Iklan
Muhammad Adib, Tommy Thomas

SHAH ALAM - Peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memfailkan untuk mengetepikan rayuan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas membawa kes komital (menghina mahkamah) ke mahkamah tinggi.

Haniff berkata, antara faktor pemfailan itu dibuat adalah disebabkan beberapa faktor yang membolehkan kes itu diteruskan di mahkamah koroner.

Iklan
Iklan

Malah katanya ia juga diambil atas sebab-sebab yang tidak boleh dirayu.

"Kita sedang memperincikan fail permohonan itu sebelum dihantar ke mahkamah dalam masa terdekat,” katanya selepas dihubungi Sinar Harian hari ini.

Iklan

Semalam Mahkamah Koroner mengeluarkan penghakiman penuh berhubung keputusan permohonan bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib iaitu anggota bomba dan penyelamat, Mohd Kassim Abdul Hamid untuk memulakan prosiding komital terhadap Tommy.

Dalam penghakiman 14 muka surat Koroner Rofiah Mohamad secara panjang lebar menghuraikan mengapa mahkamah menerima prosiding komital tersebut.

Iklan

Menurutnya, mahkamah menerima permohonan Mohd Kassim, 65, berdasarkan beberapa faktor antaranya hujahan pemohon, percaya Tommy menggunakan kedudukan mengenai punca kematian Muhammad Adib.

ARTIKEL BERKAITAN: Heret Tommy: Peguam kemukakan dua isu