Pengunduran AS dari UPU: KKMM tunggu keputusan selepas Kongres UPU

Iklan
Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) masih menunggu hasil daripada Kongres Kesatuan Pos Sedunia (UPU) di Geneva, Switzerland bagi membincangkan masa depan sistem UPU untuk bayaran imbuhan kemasukan surat antarabangsa dan pakej-pakej kecil.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, beliau tidak akan mengulas mengenai perkara itu memandangkan kongres berkenaan yang bermula hari ini hingga 26 September itu sedang berlangsung.

Iklan
Iklan

"Isu itu akan dibincangkan, jadi biar mereka teruskan dengan kongres dahulu,” katanya selepas merasmikan Persidangan Komuniti Mobile 360 Digital di sini hari ini.

Media melaporkan bahawa kadar pengeposan mungkin akan berubah memandangkan Amerika Syarikat (AS) sedang menimbang untuk mengakhiri penglibatan 144 tahun negara itu dalam badan antarabangsa yang mengawal pertukaran surat dan penghantaran pakej antara negara.

Iklan

Tindakan itu dilihat sebagai penentangan Presiden AS, Donald Trump terhadap China.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ketika dihubungi hari ini berkata, dua orang wakilnya kini sedang menghadiri kongres itu dan akan membentangkan tiga usul.

Iklan

Usul berkenaan adalah mempercepatkan kadar pertukaran dengan menggunakan kaedah sedia ada yang membenarkan negara-negara mengisytiharkan kadar mereka sendiri dan usul untuk penyatuan kedua-duanya.

Sistem imbuhan untuk surat dan pakej kecil atau dikenali sebagai sistem ‘denda muktamad’ adalah bagi memastikan pengeposan disertai dengan imbuhan merangkumi kos pengendalian, pengangkutan dan penghantaran barangan merentasi sempadan.

Perjanjian hubungan pelbagai negara ini memudahkan pergerakan barang-barang pos menyeberangi sempadan, memastikan bahawa sesiapa sahaja boleh menghantar dan menerima pos antarabangsa di mana-mana di 192 negara UPU. - Bernama