Amalan politik lampau, salah guna kuasa harus dihapuskan

Iklan

SHAH ALAM - Amalan politik lampau seperti penyalahgunaan kuasa demi kepentingan peribadi harus dihapuskan daripada landskap politik negara.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kerajaan perlu serius memastikan agenda reformasi institusi dapat dilaksanakan agar amalam sedemikian dapat ditangani.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua pemimpin dan ahli parti politik harus sentiasa beringat bahawa rakyat sedang memerhati dan menilai setiap tingkah laku mereka.

"Namun, perkembangan yang berlaku sekarang sudah tentu menggusarkan kelompok majoriti rakyat di luar.

Iklan

"Sekiranya ia tidak dibaiki, pasti akan mengundang hukuman berat oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau lagi, suara dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut sama menzahirkan keresahan terhadap perkembangan semasa sebenarnya adalah manifestasi kepada keluh-kesah rakyat.

Iklan

"Mereka mendambakan satu sinar politik baharu pasca 9 Mei 2018 yang lebih telus, terbuka dan bertanggungjawab.

"Justeru, ABIM menggesa kerajaan untuk menggandakan usaha untuk memastikan agenda reformasi institusi dilakukan dengan serius agar amalan penyalahgunaan kuasa yang berlaku sebelum ini dapat ditangani,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhammad Faisal menegaskan Abim menyokong pendirian sayap pemuda Bersatu, Armada yang bertegas membidas budaya meminta kontrak atas dasar kronisme parti politik dalam Perhimpunan Agung tahunan (PAT) Bersatu baru-baru ini.

Menurutnya, pendirian tegas Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman dan pasukannya adalah cerminan kepada aspirasi generasi muda yang muak dengan amalan politik yang memperalat platform politik untuk kepentingan perbadi.

"Kenyataan ini seharusnya menjadi peringatan umum bahawa majoriti rakyat Malaysia dalam PRU14 telah memilih parti politik yang dinilai akan memperjuangkan hak serta kepentingan rakyat.

"Ia bagi memastikan keperluan kebajikan mereka akan terpelihara mengatasi kepentingan kelompok politik tertentu,” jelasnya.