SHAH ALAM - Majlis Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan memutuskan penggunaan alat pengimbas di kaunter keselamatan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) oleh umat Islam dibenarkan.
Penjelasan itu dibuat Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Facebooknya hari ini susulan terdapat pertanyaan berhubung visual bentuk tubuh yang terzahir dalam bentuk dua dimensi atau 2D setelah melalui alat pengimbas tersebut.