Jumpa batu ratusan tahun tertera kalimah ALLAH
Iklan
Napisah (kanan) dan Mustaqim (dua,kiri) menunjukkan batu yang terdapat pada belahan batu terbabit.
PADANG SERA - Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Jerlun di sini dikejutkan dengan penemuan batu dipercayai ratusan tahun di tapak pembinaan pagar asrama sekolah terbabit.
Batu yang turut tertulis kalimah ALLAH itu ditemui oleh seorang pekerja kontraktor, Mohd Mustaqim Rozaini, 33, pada 11 September lalu.
Iklan
Iklan
Mohd Mustaqim berkata, ketika itu dia bersama dua lagi rakannya sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan pagar kira-kira jam 11.30 pagi.
"Saya sedang mengorek tanah di kawasan tersebut sebelum cangkul terkena batu berkenaan lalu terbelah dua.
Iklan
"Saya sangat kagum kerana sejak bekerja dalam bidang ini beberapa tahun lal, ini kali pertama saya melihat sendiri tulisan berbentuk kalimah ALLAH ini," katanya.
Batu yang dipercayai ratusan tahun tertera kalimah ALLAH.
Sementara itu, Pengetua sekolah berkenaan, Napisah Salleh berkata, pihaknya sepakat untuk menyimpan batu yang dipercayai berusia ratusan tahun tersebut di sekolah mereka.
Iklan
"Asalnya tapak sekolah ini adalah tanah bendang dan saya difahamkan kontraktor menggunakan tanah bukit untuk menambak kawasan bendang terbabit.
"Jadi saya percaya batu tersebut berada bersama timbunan tanah berkenaan," katanya.
Tambahnya, kejadian itu cukup menakjubkan warga sekolah apatah lagi struktur batunya yang licin dan hanya terbelah ketika diketuk.
"Belahan batu itu juga cukup sempurna seakan-akan buah kelapa yang dibelah dua, sikit pun tidak tersepih,"katanya yang akan merujuk kepada pakar dalam bidang berkenaan untuk mengetahui jenis dan usia batu terbabit.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa terdapat plot yang dicipta untuk menggagalkan pelaburan swasta di negeri ini.
Beliau mendakwa, syarikat yang melabur di Kedah diberikan tekanan untuk menarik diri daripada projek yang telah diumumkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu merujuk kepada keputusan peneraju pelaburan global Bin Zayed International Group of Companies (BZI) menarik diri daripada projek Langkasuka bernilai RM40 bilion di Langkawi namun tidak mendedahkan butirannya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698511/edisi/utara/sanusi-dakwa-wujud-plot-gagalkan-pelaburan-swasta-di-kedah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com